Monday 12 March 2012

Bab 3

Hampir pengsan afie apabila melihat jadual yang di tampal pada papan kenyataan kem tersebut. Aktiviti meredah hutan adalah musuhnya sejak azali, kerana itu jugalah dia tidak suka mengikuti kem – kem seperti itu. Sudah terbayang – bayang keletihan yang akan di tempuhinya, tanpa sedar dia mengeluh kecil.

“ allah tak suka orang yang mengeluh tau “ afie terus menoleh apabila mendengar suara tersebut. Hampir luruh jantungnya disergah seperti itu pergerakkan pantasnya menyebabkan kakinya terasa sakit. Afie terduduk kesakitan

Fendy hanya tersengih kepada afie apabila menyedari kesilapannya. Dia duduk bersila di hadapan gadis itu dan merenung wajah gadis itu. Matanya sepet seperti anak cina, hidungnyua yang mancung di serikan lagi dengan bibir comelnya menambahkan lagi daya tarikan pada diri afie.

“Ehem... ehem..” mira beredehem dari belakang afie apabila melihat fendy asyik merenung wajah rakannya sehingga dia disitu pun tidak disedarinya. Entah apa yang di perhatinya pun tak tahu lah.

Mira melabuhkan punggungnya disebelah afie yang sedang leka membelek pergelangan kakinya itu. Pelik melihat rakannya yang seolah – olah begitu berminat dengan pergelanggan kakinya itu. Seperti tidak pernah tengok sahaja lagaknya.

“ kenapa kaki kau tumbuh ‘cendawan’ ke?”  Cendawan yang dimaksudkan disini adalah jerawat entah dari mana muncul gelaran tersebut sejak berada di tingkatan satu lagi afie didedahkan dengan perkataan tersebut.

“hish kau ni takde la ni kaki aku ni sakit la terseliuh kot” katanya kepada mira sambil kakinya disuakan kepada mira. Mira mengurut – urut perlahan kaki sahabat baiknya itu, dia tidak pandai mengurut namun kerana kasihankan rakannya itu terpaksalah.

Afie meminta pengecualian daripada menyertai aktiviti pada hari itu. Dengan memberi alasan bahawa kakinya sakit afie berjaya mengelakkan diri dari menyertai aktiviti lasak pada hari itu. Biarpun terpaksa berpura – pura bahawa kesakitan yang di alaminya itu tidak teruk namun afie tetap bersyukur tidak di bawa ke hospital. jika tidak pasti mereka akan tahu kecederaannya tidaklah seteruk mana.


No comments:

Post a Comment