Monday 12 March 2012

BAB 2

“ kalau aku tahu tak nak lah aku datang sini jauh lagi ke ni?” rungut afie kepada sahabatnya. Perjalanan sejauh tiga kilometer itu memang memenatkan mereka. Peluh yang mula merinik di dahi afie di sekanya dengan hujung baju.

“ tak jauh dah dekat depan tu aje” soalan afie di sahut oleh seseorang dari belakang. Serta merta langkah dia dan mira terhenti lalu menoleh, kening mereka terangkat dan berpandangan seketika lalu meneruskan perjalanan mereka tanpa bersuara lagi.

“ okey semua berkumpul kat sini cepat!” setelah meletakkan beg di tepi dewan mereka mula masuk dan berkumpul mengikut tingkatan. Semua telefon bimbit dan barang berharga mereka di kumpulkan namun afie dan mira cepat – cepat menyembunyikan telefon bimbit mereka di dalam beg.

Setelah dibahagi kepada beberapa kumpulan mereka mula bergerak ke tapak khemah yang di sediakan. Afie dan mira sekumpulan itu pun setelah melakukan penipuan dalam barisan tadi.

Afie dan mira yang sudah cekap memasang khemah mula menunjukkan kepakaran mereka. Setelah memasang khemah semua ahli kumpulan mereka di kerah mendapatkan alat untuk membersihkan kawasan tersebut. Afie dan mira hanya duduk di muka khemah mereka sambil berbual – bual

“ khemah korang ni dah siap bersih ke? “ tanya salah seorang dari sekumpulan lelaki yang melalui khemah mereka. Afie baru perasan bahawa lelaki itu yang mencelah perbualan mereka tadi dia memandang mira. Mereka berlima adalah pembantu guru di kem tersebut, kelihatan mereka seperti orang yang sudah menamatkan persekolahan sahaja.

“belum” jawab mira sepatah keletihan yang membelenggu dirinya membuatkan dia tidak mahu banyak bercakap.

“habis tu korang buat ape ni? Tak reti – reti nak pergi kemas khemah tu?” tanya lelaki yang memakai baju oren itu pula.

“sorry ya abang kalau kami menganggu mata abang tu  kami tengah tunggu penyapu la ni.” Mira mula berkata – kata lagaknya seperti mahu bergaduh sahaja. Afie menarik tangan mira sambil memberi isyarat mata supaya mira menjaga tingkahnya.

Kelima – lima orang pemuda itu berlalu ke khemah yang lain pula. Lega afie kerana mira sangkaannya meleset. Bimbang juga dia mira akan bergaduh dengan abang – abang fasilator itu tadi. Afie dan mira berlalu ke sungai berdekatan dengan khemah mereka setelah memastikan khemah mereka kemas dan teratur. Mujurlah ahli kumpulan mereka itu adik – adik junior mudahlah bagi mereka mengarah merek membuat kerja.

Masih ada 15 minit untuk mereka berkumpul semula bagi menunaikan solat asar. Afie dan mira bergegas mandi kerana mereka berasa tidak selesa jika bersolat tanpa membersihkan tubuh mereka terlebih dahulu. Tergesa – gesa mereka masuk ke dewan tersebut kerana sudah terlewat lima minit, itu semua gara – gara jam tangan afie yang tertinggal di atas kolah air maka terpaksalah mereka berpatah balik ke situ untuk mengambil jam tangan kesayangan afie.

Mereka mencelah kedalam saf setelah selesai memakai telekung , bimbang di sedari oleh kem komanden yang mereka telah lewat. Setelah menunaikan solat berjemaah mereka di beri sedikit tazkirah afie bangun mengubah tempat duduknya ke sebelah mira.

“  anak yang baru dilahirkan itu ibarat kain putih yang suci dari apa – apa kotoran. Tugas seorang bapa adalah untuk mencorakkan kain itu, manakala ibu pula untuk mewarnakan keseluruhan kain itu. Tugas anak? Tugas anak ialah memastikan kualiti kain itu berada di tahap terbaik. Warna dan corak tak cukup untuk menjamin kualiti kain tersebut yang di perlukan adalah ketulenan kain tersebut yang belum pernah di koyak atau dirosakkan sesiapa. Itulah harga seorang insan yang di lahirkan di bumi allah ini siapa kita untuk merosakkan anuggerah tu?”

afie berfikir sendirian bagaimana seorang gadis rela menyerhkan mahkotanya kepada orang yang belum tentu adalah jodohnya. setelah itu tega pula mereka membuang bayi yang tidak berdosa di merata - rata. tidak takutkah mereka kepada hukuman allah? lamunan afie terhenti setelah di cuit oleh mira, dia menunpukan semula perhatiannya kepada tazkirah tersebut.




♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫




Malam itu setelah sesesai bersolat mereka di bahagikan lagi kepada enam kumpulan. Kali ini taktik mira dan afie tidak menjadi kerana setiap pelajar tingkatan lima ditugaskan untuk mengetuai setiap kumpulan tersebut. Malam itu mereka di minta untuk menghafal lima perkara mengenai ahli kumpulan masing -  masing. tercabut jugaklah satu dua wayar otak afie.

Setelah menjalani beberapa aktiviti mereka di benarkan pulang ke khemah masing – masing namun ketua – ketua kumpulan tadi di minta tunggu di dewan itu untuk di perkenalkan kepada fasilitator yang bertugas di situ. Afie sedaya upaya menahan kantuknya, sambil menunggu kedatangan guru mereka afie dan mira duduk bersandar di tiang dewan dan berbual bersama pelajar tingkatan lima yang lain.setelah beberapa minit menunggu Afie meminta izin pulang ke khemah sebentar untuk mengambil jaket setelah kesejukkan malam mula mengigit tubuh kecilnya.

“ jom am teman” pelawa izham pelajar dari kelas sebelah. Afie teragak – agak namun tidak menolak pelawaan itu dia tiada pilihan lain hanya izham yang membawa lampu suluh waktu itu. Mereka berjalan agak jauh seperti musuh yang baru berjumpa sahaja lagaknya seorang ditimur seorang selatan .

“afie, kenapa diam?” tanya izham memulakan perbualan

“tak de pape la afie mengantuk je” kata afie lemah matanya sudah semakin memberat ditambah pula dengan keletihan yang melingkari tubuhnya. Membuatkan dia mahu tidur sahaja kala ini.

Setelah memakai jaket bewarna biru lembutnya afie melangkah keluar perlahan – lahan dari khemah tidak mahu mengganggu penguni khemahnya yang sudah di buai mimpi itu. Mereka beriringan ke dewan semula tanpa sebarang bicara. Masing – masing berdiam diri melayan perasaan.

Sudah banyak cerita buruk yang sampai ke telinga afie mengenai lelaki di sebelahnya ini. Izham merupakan salah seorang kasanova di sekolahnya tanya sahaja mana – mana pelajar perempuan di sekolahnya pasti mereka mengenali lelaki ini. Rupanya kacak di tambah dengan kulit putih bersihnya itu cukup unutk melengkapkan pakej jejaka terhangat disekolahnya. tidak usah bersusah payah adik - adik junior mereka sendiri datang mencarinya alangkah baik jika rupanya diiringi dengan perangai yang baik.

“ hah kenapa awak berdua lambat?” tanya pemuda tinggi lampai itu kepada afie setelah mereka masuk ke dewan terbuka itu.

“ maaf kami pergi ambil jaket tadi” kata afie jujur. Sejujurnya dia tidak suka dengan sikap pemuda ini seolah – olah cuba mencari pasal sahaja dengan mereka sedari petang tadi.

“ hmm pergi duduk sekarang, apa nak jadi ni dekat kem ni pun nak bercinta lagi balik nanti korang bercinta la puas – puas tak payah lah nak bercinta dekat sini“ bebel pemuda itu perlahan tetapi masih mampu menyapa pendengaran afie. Afie terus – terusan menyumpah seranah lelaki itu di dalam hatinya jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia mencekik lelaki itu. Geram kerana di tuduh sebegitu, pasti izham juga malu dengan tuduhan tersebut.

selepas di perkenalkan dengan keenam – enam orang fasilitator yang bertugas mereka dibenarkan pulang semula ke khemaah masing – masing. pemuda yang menegur mereka itu pula adalah salah seorang fasilitator mereka . afie menghadiahkan jelingan tajam kepada muiz lelaki yang mengutuknya sebentar tadi sebelum melangkah keluar dari dewan tersebut.

“ afie kau marah abang fasi tu ke?” tanya mira setelah mereka masuk ke dalam khemah. Afie membuka tudungnya dan menyangkutkan di palang khemah mereka. Barulah terasa selesa sedikit rambutnya selepas mandi tadi mereka tidak punya banyak waktu untuk mengeringkan rambut seperti kebiasaannya

“ hmm marah pun tak guna aku Cuma rasa malu la dengan kawan – kawan lain. Rasa bersalah pun ada gak tak pasal – pasal si izham tu pun kena jugak, dia tolong aku je kan” adu afie, dia sendiri sudah boleh memaafkan perbuatan muiz.

“ tapi apesal dia baik sangat eh nak teman kau tadi? Entah – entah dia nak jadikan kau koleksi dia kot” mira mula serkap jarang. Pelik juga dia tadi kerana sememangnya pelajar dari kelas sebelah tidak mahu bergaul dengan mereka sekadar tahu nama sahaja, mereka sendiri tidak suka bertegur sapa dengan pelajar kelas sebelah yang suka mencari pasal itu.

Belum sempat afie menjawab terasa getaran di poket seluarnya. Telefon bimbit black berry pemberian orang tuanya di keluarkan setelah melihat nama pemangil afie terus menjawab panggilan tersebut dia juga sudah mulai rindu untuk mendengar suara ibunya.

Afie menoleh ketepi patutlah mira tidak mengganggunya rupa – rupanya mira juga sedang berbual di telefon bimbitnya. Selalunya mira akan sedaya upaya mengganggu dia jika dia berbual panjang dengan ibunya, cemburu katanya.

tiba - tiba mata afie silau akibat khemah mereka di suluh menggunakan lampu suluh, afie menguis tangan mira yang sedang ralit berbual kedua – duanya terus terdiam. mira menahan cahaya dari sampai ke matanya sakit matanya akibat silau tersebut. entah siapa pula yang hendak mencari pasal dengan mereka kali ini.

“ibu next time afie call ibu balik ye bye!” terus pangillan itu dimatikan. Afie mencapai tudung yang tersangkut dan di sarungkan ke kepala, mira turut membut perkara yang sama. Mereka keluar dari khemah untuk mencari orang yang menyuluh khemah mereka.

“tak tidur lagi? Korang buat ape tadi?” tanya muiz bertubi – tubi

“hmm macam mana nak tidur kalau mata kami ni silau kena suluh? Tak sampai 10 minit kami masuk khemah dah buat spotchek?” mira menjawab menggunakan soalan kembali hatinya mula panas dengan sikap lelaki dihadapannya ini.

“ khemah lain okey ja saya suluh takda yang melenting pun tengok ni” muiz menghalakan lampu suluhnya kearah khemah pelajar lelaki

"hoi diam la orang lain nak tidur esok - esok korang gaduh la balik" entah dari khemah mana datangnya suara itu. mira segera menarik tangan afie masuk ke dalam khemah meninggalkan muiz terpingga - pingga disitu.

 niat untuk menyambung semula perbualan mereka dilupakkan sahaja mata afie memang tak boleh di ajak kompromi. dia lena di buai angin malam.

No comments:

Post a Comment