Monday 12 March 2012

BAB 1

Kelas 5 sains tulem itu hingar bingar dek suara penghuninya, guru fizik mereka sedang bercuti jadi tiada siapa yang menggantikan tugas guru tersebut. Peluang bersembang itu tidak mungkin dilepaskan oleh penghuni kelas itu memandangkan esok dan lusa mereka akan bercuti banyaklah cerita yang hendak dikeluarkan.

Hingar bingar kelas tidak sedikit pun menganggu dua sahabat itu berbual sambil menjamah makanan ringan yang di beli dari kantin sebentar tadi. Amira dan afie sememangnya terkenal dengan aktiviti mereka makan di dalam kelas itu pantang ada waktu terluang pasti mereka akan mengeluarkan stok makanan ringan.

“weyh korang dua nak pergi kem tak dekat ulu paip?” menjerit kecil kedua – dua orang gadis itu terkejut di sergah oleh rakan sekelas mereka.

“bila?” tanya mereka serentak. Afie dan mira saling berpandangan seketika kemudian ketawa mereka berpadu seolah – olah perkara paling lucu berlaku di hadapan mereka.

“petang ni, 25.00 seorang bonda dah diskaun banyak tu jom” ‘ bonda ‘ sememangnya gelaran yang di beri untuk ppengetua sekolah mereka. terbeliak mata mereka terkejut mendengar waktu kem tersebut akan di adakan.

“berapa hari? Anjuran? Kenapa mendadak?” kali ini mira yang bertanya bertubi – tubi soalan keluar dari bibir mira dia memang selalu teruja untuk menyertai aktiviti lasak seperti itu. Afie masih berdiam seolah – olah memikirkan sesuatu yang penting.

“ dua hari tiga malam anjuran kelab PRS sebab banyak kosong so cikgu nak budak form 5 yang ikut aktiviti ni” jelas basyirah panjang lebar dalam hati dia memohon semoga kedua – dua orang gadis itu akan turut serta dalam kem tersebut sudah perit tekaknya menerangkan hal tersebut kepada rakan kelasnya mulanya dia menolak untuk di beri tugas tersebut namun apabila di ugut akan di gugurkan dari jawatan pengerusi kelab tersebut dia hanya menurut.

“afie jom la bukan selalu, kita pergi release tention dekat sana exam lagi dua bulan okey la tu balik dari sana kita prepare la SPM.”  Kata mira sambil mengoncang – goncangkan tangan afie apabila melihat gadis itu seperti mengelamun.

“erm tengok lah dulu aku tanya mama aku” afie juga teruja sebenarnya namun memikirkan hanya tinggal dua bulan lagi untuk peperiksaan SPM dia menjadi gerun.

“okey aku tulis nama korang dua kat sini, jangan tak datang pulak petang ni” kata basyirah memberikan dua set  surat kebenaran waris kepada mira.

“ fie jom la pergi teman aku takkan aku nak pergi sorang – sorang kau tak kesian ke kat aku?” pujuk mira. Walaupun dia selalu mengikuti kem anjuran sekolah namun jika afie tidak ikut bersama dia pasti bakal keseorangan .

Setelah berfikir seketika afie menyatakan persetujuan walaupun dia pasti ibunya pasti akan membebel jika tahu dia akan pergi secara mengejut seperti ini. Dia harus menggunakan waktu ini untuk melupakan masalah yang bersarang di hatinya itu.

“okey la betul jugak cakap kau tu tapi sempat ke packing? Pukul 4 dah kena ade kat sini”

“sempat kot ala bawak yang penting – penting sudah dua hari je kan”

“weyh korang yang ikut kem ni pukul 12 kejap lagi balik sebab cikgu takut tak sempat nak packing” celah basyirah

“la serius? Okey la sekarang pun dah 1. 45 kami turun dulu la nak call abah aku” kata afie sambil memasukkan buku – bukunya kedalam beg.

Dia dan myra keluar dari kelas dan menuju ke kantin selalunya mereka akan berulang alik ke sekolah menaiki bas namun di sebabkan akan pulang lebih awal jadi mereka harus meminta sesiapa menjemput  mereka di sekolah.

Setelah hampir sejam menunggu akhirnya ayah mira datang mengambilnya afie masih menunggu di pintu pagar sekolah.

“macam ni baik tak payah balik awal” desis hatinya, sudah beberapa kali dia berpesan kepada ayahnya untuk menjemputnya disekolah secepat mungkin. Seketika kemudian kelihatan kelibat kereta kesayangan ayahnya menjalar perlahan di hadapannya segera dia bangun dan memboloskan diri ke dalam kereta tersebut.

“adik nak pergi kem mana ni? Tiba – tiba aje” tanya ayahnya sebaik sahaja keretanya bergerak meninggalkan kawasan sekolah.

“ kem kasih di rimba abah, dekat ulu paip” jelasnya

“tak ganggu pelajaran ke? SPM dah dekat kan?”

“ insyaallah tak abah dua hari aje kem tu jangan la risau”

Melihatkan ayahnya yang menumpukan perhatian terhadap pemanduan afie tidak jadi terus berbual dengan lelaki itu. Penghawa dingin di kuatkan panasnya belum hilang kerana berjemur lama di bawah terik mentari tadi.



♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫♪ ♩♫


setelah turun dari kereta afie terus bergegegas ke pondok bacaan. tadi dia dan mira sudah berjanji untuk berjumpa disitu. telefonnya bimbit berjenama nokia di keluarkan dan nombor mira didailnya.

“ weyh dear where are you?” tanya afie cemas sedari tadi dia mencari kelibat mira namun masih tak kelihatan.

“aku kat sini!” terjerit afie apabila terasa pinggangnya dicuit dari belakang. Telefonnya segera dimatikan mereka menyembunyikan telefon bimbit mereka apabila mendapat tahu telefon bimbit tidak di benarkan dibawa bersama.

Mereka menuju ke meja pendaftaran bersama setelah mendapat arahan beg yang dijinjing mereka di letakkan di sebelah pondok telefon berdekatan. Tangan mereka bertaut di hayun – hayunkan, sudah beberapa kali hubungan rapat mereka mendapat kritikan dari orang sekeliling kerana mereka berkelakuan seperti pasangan kekasih. mereka tidak perduli asalkan mereka tahu apa yang mereka buat itu tak salah.

Setelah membuat pendaftaran mereka masuk ke dalam bas dan mencari kerusi kosong. Setelah mendapat tempat mereka meletakkan beg di tempat yang disediakan beberapa orang lagi pelajar masuk ke dalam perut bas mula bertolak – tolak untuk ke belakang.
Mujur mereka masuk lebih awal jadi mudah lah mereka memilih tempat yang di ingini. Afie mengeluarkan dua peket biskut yang sempat di bawanya dari rumah dan di suakan kepada mira.

“nah yang ni engkau punya jangan mintak kat aku dah erk?” sikap afie yang kadang – kadang kebudak – budakkan membuatkan mira senang bershabat dengannya. mira hanya menyambut huluran itu sambil tersenyum sememangnya perutnya sedang berlagu sekraang ini tidak sempat makan kerana mahu mengemas pakaiannya

Oleh kerana majoriti peserta kem tersebut pelajar menengah rendah mereka tidaklah terlalu malu untuk menjalankan aktiviti ‘ wajib’ didalam bas iaitu bernyanyi. Selepas satu , satu lagi lagu dinyanyikan sehinggalah sampai ke destinasi yang di tuju.

Bagaikan budak tadika kemas mereka bangun dan berbaris untuk keluar dari bas afie dan mira hanya tergelak kecil melihat tingkah sopan junior – junior mereka. Setelah semua peserta turun barulah afie dan mira bangun dan bergerak keluar dari bas tersebut beg afie mengalas salah satu beg yang di bawanya ke bahu. Manakala mira masih menjinjing kedua – dua begnya dia lebih suka mengimbangkan beban di tangannya.

No comments:

Post a Comment